Soalan Lazim

Bagaimana saya boleh mendaftar dengan myAlumni?
Pendaftaran adalah secara automatik sekiranya anda pernah belajar dengan salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Apakah nama pengguna dan kata laluan saya?
Nama pengguna anda adalah no myKad dan kata laluan anda boleh didapati dari pihak pentadbir.
Apakah peranti yang sesuai untuk menggunakan aplikasi myAlumni?
Peranti yang dicadangkan adalah telefon pintar terkini dengan capaian Internet. Untuk iOS (Apple) peranti minimum adalah iPhone 5S manakala untuk Android adalah sebarang peranti dengan sistem operasi Android 8.0 dan ke atas
Saya lupa kata laluan saya, apa yang perlu saya lakukan?
Anda perlu akses ke laman masuk dan klik pada pautan “Lupa kata laluan”. Masukkan email berdaftar anda dan tekan “Hantar”.Jika anda belum menukar email, sila hubungi pentadbir untuk menukar kata laluan dan email anda terlebih dahulu.