Dasar Privasi

PRIVASI

Aplikasi MyALUMNI (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi”), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk graduan lepasan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh BPKLP/KPKM kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan mentaksir keberkesanan kursus yang ditawarkan kepada graduan dan kebolehpasaran graduan dari BPKLP/KPKM. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses kemaskini profil didalam aplikasi MyALUMNI.

Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:

  1. Maklumat Peribadi
    1. Nama Pengguna
    2. Nama Samaran
    3. Jantina
    4. Bangsa
    5. Emel
    6. Tarikh Lahir
    7. Status Perkahwinan
    8. Alamat
    9. Kawasan Parlimen
    10. Kawasan DUN
    11. Negeri
    12. Telefon Rumah
    13. Telefon Mudah Alih
  2. Maklumat Pendidikan
    1. Institusi Pengajian
    2. Bidang Kursus Pengajian
    3. Tahap Pengajian
    4. Tahun Pengajian
  3. Maklumat Pekerjaan
    1. Status Pekerjaan
    2. Bidang Pekerjaan
    3. Nama Organisasi/Majikan
    4. Jawatan
    5. Tangga Gaji
    6. Alamat Organisasi/Majikan
    7. Poskod & Negeri
    8. No Telefon
    9. No Fax
    10. Emel Majikan

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

KERAHSIAAN

Data peribadi yang dipaparkan oleh Aplikasi akan disimpan menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain-lain, sila e-mel kepada blkp@kpkm.gov.my

Tarikh kemas kini: 2/7/2023